2018

Assalamualaikum.

Lamanya tak bercerita di blog. Lima tahun. Terakhir pada tahun 2013. Masa tu zaman belajar di UIA. Tahun 2014, bulan Januari dah habis belajar. Bulan Mac dah masuk kerja. Pejam celik, pejam celik. Dah masuk tahun 2018. Cepatnya masa berlalu. Alhamdulillah masa dikurniakan umur yang panjang sehingga ke hari ini.

"Dah tu kenapa tetiba update blog ni?”

Panjang cerita. Pelan pelan. Nanti saya nak cerita satu-satu apa yang dah berlaku sepanjang lima tahun tu. Wah, still takleh nak terima hakikat, LIMA tahun kot. Tampor pipi sendiri. Apa ko dah buat sepanjang lima tahun ni woi Fazirah? Kalo ada anak ni, dah masuk tadika dah.

Sambung balik.

Bermula dari tarikh 18 Februari 2018 haritu, saya start imbas kembali benda-benda yang dah terjadi. Buka buku nota. Baca satu-satu. Habis baca buku nota. Buka pulak diari dalam phone. Baca semula dari awal hingga akhir. Sambil duk kutuk-kutuk diri sendiri. Apasal laa ko buat macam tu dulu, Fazirah.

Bila dah start imbas kembali, saya tetiba rasa macam ada function pula tulis diari semua tu. At least, biar ada kenangan. Ambil pengajaran. Nanti dah tua esok, boleh cerita kronologi hidup kat anak cucu.

Dan. Tu je lah sebabnya.

"Camtu je?”

"Haah..camtu je"

Bai.

25022018.09JAK1439H.1230