IIUM : Selamat Datang

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah saya dah kembali bergelar mahasiswa iium sepenuh masa. ah-ha. Selepas bergelar budak praktikal selama 6 bulan dan suri di rumah selama lebih kurang 2 bulan. ~suri laa sangat kan..padahal haru biru rumah jadinya.~ lagi ada 4 bulan lebih jer pegang title mahasiswa iium sebelum ke title seterusnya. Insyaallah. Pekerja?? pengangur?? student semula?? isteri?? ~aisshh gatal lak dia~

Apa lagi, macam biasa. Sem baru, azam baru kan.. haha. takde maknanya azam baru. Azam tu memang sama je start dari sekolah rendah lagi. Azam nak study betul-betul. hmm...last sem dah kan. Fazirah, study sebelum terlambat!! kang nyesal tak pasal-pasal. Nie tengok budak-budak first year first sem dah rasa jeles kat diorang. Yelah innocent lagi diorang ni kan. Ada banyak lagi peluang nak study betul-betul masa buat degree ni. ~ apa ko membebel ni...?~ lantak ler bukan blog orang lain pun kan.

Untuk sem yang terakhir ni, saya sebilik dengan Ainun dan juga Shazana. Dan ada sorang lagi sister yang masih lagi menjadi misteri. Yang penting, tetap berada di block D. Huhu. Sepanjang 4 tahun duk kat uia ni, tak pernah lagi keluar dari block D ni. Tak level 1, duk level 2.  Ni orang panggil rezeki. Tak payah duk susah-susah angkut barang naik level tinggi-tinggi. kaannnn!

 lepas kemas...hurmm?! macam takk je pun kan.

 last room..!

 cadar, bantal dan juga selimut di sponsor oleh ainun. 
Terima kasih enun. hari selasa ni saya hantar semula.

Semoga sem yang terakhir ni berjalan dengan lancar dan jaya nya. Berdebar lak nak pergi kelas esok. ~ alah, macam tak pernah pegi kelas lak dia~

Bila da grad nanti, saya harap boleh ubat rindu dengan baca semula apa yang dah saya tulis dalam blog ni. Sure. Semestinya saya akan rindu dengan IIUM.

~ Sem kali ni LAIN... ya lain ~