Harvestmoon...Alam nyata.

Assalamualaikum.

Aiseyman..lama nya menyepi blog ni kan. almaklum lah kehidupan makin lama makin sibuk. eceh...sibuk laa sangat ye. Padahal praktikal je pun. Dah..dah.. back to topic. Haa..harvestmoon. kalo nak tahu, harvestmoon ni game sebenarnya. Game bercucuk tanam. Dari kecik hingga besar, saya still main lagi game ni. Besttt... tapi tak pernah habis pun main. Boring jugak kadang-kadang tapi dah tema dia berkebun tu yang menarik minat saya nak main tu. Selain bercucuk tanam, dalam game ni jugak kena bela haiwan plus ada pet sekor iaitu doggy. Nak cakapnya kat sini, minat bercucuk tanam tu memang da ada sejak kecik cuma tak di realisasikan di dunia nyata. hamboii.


Game Harvest mOon

Jadi dalam kesibukan-konon-nya, yes alhamdulillah. Harvestmoon dunia nyata a.k.a Projek tanah-serendah-sekebun-bunga tetap berjalan. Walaupun ada yang kecundang di tengah jalan. Awal-awal dulu saya beli biji benih dari kebun bahagia bersama. Sampai sekarang, biji benih yang saya semai untuk batch pertama ada satu yang berjaya hidup, biji benih lemon basil. walaupun pertumbuhan dia masa mula-mula dulu agak lambat dari yang lain, tapi still survive. Yeahh tahniah Lemon Basil!!. yang lain tumbuh jugak, tapi oleh sebab faktor-faktor tertentu, ada yang bunuh diri. ~salahkan pokok pulak, padahal ada orang tu terlupa nak siram~

Bila saya semai balik kali kedua dan seterusnya, benih tu tak nak bercambah dah. maybe cara saya simpan benih tu kot menyebabkan diorang dah tak bernas. Pastu saya order lagi beberapa biji benih yang lain. ~terlupa benih apa yang saya order~ tapi yang saya ingat dua. biji benih kacang pea yang warna purple dengan carrot. Dua-dua tumbuh. tapi seriously carrot tu slow sangat dia membesar. Pastu kacang peas tu pulak, bila da besar kena serang dengan apa benda ntah nama serangga tu. pastu semai lagi, kali ni bila da tumbuh tinggi, patah laa pulak. tapi hidup lagi. Sabor je laah.

Putus asa jap. tapi kejap je, semangat tu datang balik. kali ni saya nak tanam pokok yang biasa-biasa je. Jadi saya order biji benih set begginer dari en.Iskandar, blog tanamsendiri bersama dengan growmix. biji benih tu ikut apa yang en.Iskandar tu cakap sesuai untuk sape-sape yang baru nak bercucuk tanam. Sebabnya,benih-benih tu jenis yang senang nak tumbuh.

Saya da start semai biji benih ni 31hb Mei lepas. Alhamdulillah, ada tanda-tanda yang positif. Da masuk 5 hari, ada yang dah bercambah keluar daun kecik-kecik. Semoga benih-benih yang disemai berjaya tumbuh dengan gembira nya..

Sebahagian daripada biji benih set begginer. banyak kaannn!
Terima kasih en.Iskandar.

nampak kan hijau-hijau tu.. Semuanya sayur-sayuran.


 yang besor kat depan ni, cambahan benih bendi.


 Row paling atas tu, geng-geng kemangi.
Bawah dia tu, sawi rasanya. tapi tak ingat sawi apa. Nanti check balik buku nota.


 Haa ni growmix. 2 pek RM10. baru guna separuh.


p/s: tengah order bulb gladioli dari kebun bahagia bersama. tapi tak bayar lagi. Insyaallah esok atau lusa ya sis Diana.


0 comments:

Post a Comment