Oh i miss u..kekura-kura

Assalamualaikum,

Aduhai..entah kenapa tetiba je teringat kat Kekura-kura ku yang ayu jelita nan kacak bergaya. ~hamboi kemain lagi tu, kura-kura je pon~ Dulu-dulu, sebelum bela hamster ni saya da bela sepasang kura-kura. Comel. siyesly, sangat comeiii masa dia tecik. Rasa nak campak je kat luar. Nak cakap betapa saya geram sangat tengok kecomelan kura-kura tu. Da tak ingat nama ape ntah saya letak. Biasa saya panggil je diorang tu kekura-kura. kira jamak untuk dua ekor laa tu.

Masa diorang ni tecik, senang je nak jaga. Air pun tak kotor sangat. Tapi bila da besar sikit, diorang ni makan banyak jadi air pun cepat laa kotor. Bila da kotor, haa agak smelly lah sikit. Dah jadi macam tu, abis satu rumah membebel suh letak kat luar. Tapi tak letak kat luar pun, kesian kot duk luar, da laa sejuk banyak nyamuk lak tu. ~ bajet penyayang laa ni~.

Bela kekura-kura ni masa saya tengah bercuti panjang. Dalam 6 bulan lebih kot. Eh, tak sure, tak sure. Bila da bukak balik sem, mak saya secara terpaksa sambil duk ugut nak buang kura-kura ni, kena jaga diorang sepanjang saya duk kat uia tu. Dalam duk jaga tu, sekor terlepas. yang betina. sampai sekarang tak jumpa-jumpa. at least kalo mati pun, mesti jumpa dia punya cengkerang tu. Tinggal laa yang jantan sekor-sekor dia je.


Masa mula-mula bela. Masa mentah lagi innocent.

Tak ingat yang mana betina, yang mana jantan.

Dalam lebih kurang setahun saya bela, kekura-kura tu telah membesar tanpa segan silu nya. ~ apa yang nak segan nya?~ Bekas dia pun macam da tak berapa nak best, muat-muat je. Oleh sebab mak saya selalu duk cakap kesian, kesian, kesian. Saya pun rasa bersalah jugak lah. Alih-alih, saya seludup kekura-kura tu ke uia. Ingatkan nak lepas kat sungai uia tu, tapi air dia da macam teh tarik lak, tak sanggup den. Last-last, saya lepas kekura-kura ni kat tasik taman layang-layang nun.


Detik-detik sebelum di lepaskan. 

Sedih kot masa nak lepas kekura-kura ni. Siyesly. tapi saya tahan je. Balik bilik, malam tu saya nangis.~ alalala..nangis lak dia, kura-kura je pon~  weii, kekura tak kekura, kalo da sayang tu sedih jugak. Tetiba rasa kosong je bilik time tu. Hanya ada Mumu je yang tengah syok tido. Teringat kekura-kura ni merajuk taknak makan. pastu bila saya angkat dia, cepat-cepat dia tutup mata. letak pellet pun dia buat donno je. Sakit hati sangat, saya buang pellet dia tu. Satu malam dia tak makan. esok harinya, pagi-pagi saya letak pellet, cepat-cepat dia makan. Tau lapar, tulah merajuk sangat. oohh, how i miss those moments. Really.


"Sit, kalo orang taktau yang Sit ada bela kura-kura ni kan, 
mesti orang ingat Sit tak berapa nak betul duk cakap sorang-sorang." 
~ Ati, my roomate~


"eee...comel tapi fathin geli bendo-bendo gini"
~Atin, my dongsaeng~

"Omo..omo..."
~Enun, jiran sebelah~

Semoga kekura-kura happy berenang-renang kat tasik nun.
 Jangan lupakan saya tau. Da kawin nanti, jangan lupa mesej eh.
~Fazirah, your ex-teman pengganti~

0 comments:

Post a Comment