Mumu Dan Mimi

Assalamualaikum.

Memperkenalkan hamster-hamster ku yang cantik lagi kacak bergaya, Mumu dan Mimi. Dah nak dekat setahun da saya berkecimpun dalam bidang membela hamster ni. Nie semua start masa short sem kat Uia tahun lepas, time tu bulan puasa. Oleh sebab tak ramai yang amik short sem, kesunyian mula melanda. ~ecehh.~ Masa tu lah rasa nak bela hamster ni membuak-buak.

First hamster yang saya beli, hamster sama jenis dengan yang dalam gambar ni. Syrian betina. Beli kat Wangsawalk dengan ditemani Enun dan Shazana rasanya time tu. Nama hamster tu MUMU. ~ ehh, yang sekarang ni pun nama Mumu jugak kan? ~ ha'ah. sama nama dengan yang sekarang ni. tapi mumu yang sekarang ni jantan. Malangnya, Si Mumu Betina tu tak lama pun dengan saya. Dalam 3 hari lebih je kot. Agaknya hamster tu stress kot campur terkezut tetiba berada kat uia. Tido pastu tak bangun-bangun.

Lepas tu saya beli pulak sekor lagi. kali ni yang jantan. Bagi nama sama, MUMU. ~ aishh, macam suke je dengan nama Mumu ni?? ~  Suka hati lar. Haha. Nama Mumu ni ada maksud yang tersirat sebenarnya. Nie idea si enun laa ni. Oleh sebab saya ni jenis yang setia, ~eleh, perasan!~ saya guna jugak nama Mumu tu. Masa beli tu, Mumu tu kecik lagi. Tak laa kecik, tapi kecik laa jugak. ~kejap kecik, kejap tak kecik~ tapi sekarang ni Mumu membesar dengan jayanya. Roda dia pun da tiga kali tuka da pun.

Pastu, da bela mumu ni sesekor dia je, rasa kesian laa pulak. Dia pun mesti nak jugak ada pasangan. Lagipun masa tu abang saya kawin, tak adil lah kalo abang saya je yang kawin, Mumu pun nak kawin jugak. ~ ada kaitan ke??~  So dalam bulan 2 tahun ni, saya beli sekor lagi. Nama dia Mimi. Size Mimi kalo nk banding kan dengan Mumu, separuh lagi kecik. Takut jugak si Mimi ni tak dapat bertahan. Tapi Alhamdulillah, setakat ni diorang masih lagi bersama.


 Yang kat botol air hijau tu, MUMU. Yang lagi satu kat toilet tu, MIMI


 Mumu ni agak pemalas sikit. Tido je memanjang. Macam-macam posing dia tido.


 Ni Teratak-Plastik-Kasih-Kita-Berdua Mumu dan Mimi. ~hamboi tetiba je ada nama~


 View dari jauh..ce zoom in sikit..


 Haa..ni bila da zoom in. Mimi tengah makan. Si Mumu pulak dalam toilet.
 
 
Min: kenapa amik warna sama dengan Mumu?
 S : hmm..ada warna lain. warna hitam je
Min: ambil laa yang tu.
S : taknak lah. geli. yang warna hitam tu 
macam tikus yang mati semalam.
 

0 comments:

Post a Comment