Majlis Kesyukuran

Assalamualaikum,

Da lebih seminggu majlis berlangsung, berita baru nak keluar.  Tak teringat sebenarnya. Duk tengah tengok semula koleksi gambar dalam laptop ni, baru teringat pasal picture majlis ni. Ya, bukan majlis kawin saya.  Majlis kesyukuran sempena menyambut menantu dan memperingati arwah kakak saya. Simple je. tapi simple-simple pun, penat tu bagai nak rak. ~alahai ayat~
 
Macam biasa lah, dalam tiap majlis kesyukuran macam ni, saya secara paksa rela tercalon dan semestinya menang tanpa bertanding, memegang jawatan penyambut tetamu. Nak cakap flower girl pun boleyhh. ~ eeuuww, macam geli lak bunyi!!~  jeles lah tu. Siyesly, maluuu. tapi at least dengan cara tu, saya boleh laa kenal kaum kerabat yang tak berapa saya nak cam, kawan-kawan ayah, ahli-ahli persatuan surirumah tangga mak saya, mahupun ahli kelab rakan masjid padang bongor. ~tetiba je wujud kelab tu, eh ke memang wujud??~ Kepada sesape yang datang, terima kasih daun keladi. 


 Kali ni tema hijau. tapi baju pengantin kaler biru.
  


yeah warna warni gitu.


Ahli persatuan Surirumah tangga yang berjaya.


 Ahli Kelab Tadika Tomei Tomei.
~ My cute miut nieces~






Lepas sembahyang jumaat, orang masjid datang berselawat.


p/s: kepada sahabat-sahabat, mintak maaf sangat-sangat saya tidak berkesempatan nak menjemput anda semua. Almaklum, time tu bukan cuti sem. Soorrriii.

0 comments:

Post a Comment