Cantik, Tak Cantik

 Assalamualaikum..

"Sape laa yang buta nak kat Fazirah..."

"Muka macam Fazirah ni berlambak kat luar.."

"Huh taknak lah saya ko Fazirah.."


 Betapa tergurisnya hati ku ini wahai insan bernama manusia.
Betapa rendah nya diri ku terasa.

Ya Allah, saya tahu semua yang saya ada sekarang ni adalah pinjaman dari MU. Walau di mata manusia tidak sempurna, tapi bagiku semua ciptaan Mu adalah sempurna. Akan ku cuba sedaya upaya ku menjaga dan melindungi nya sebaik mungkin. Jadikanlah diriku hamba MU yang sentiasa bersyukur.

Saya nak jadi wanita cantik yang ni: 
(dipetik dalam laman web iluvislam,ruangan komen oleh Nurul Amir)
Tazkirah Ramadhan:-
Siapa Wanita Cantik?
Wanita cantik ialah:

 1) Melukis kekuatan melalui masalah.
2) Tersenyum saat tertekan. 
3) Tertawa saat hati sedang menangis.
4) Tabah di saat terhina.
5) Mempersona kerana memaafkan. 
6) Mengasihi tanpa balasan. 
7) Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi. 

Ya Allah! Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU..

0 comments:

Post a Comment