Hari yang Memenatkan.

Assalamualaikum..

Allahu Akbar. Sesungguhnya hari nie lah hari yang paling productive kat rumah. Balik dari ofis, terus masuk dapur. Ye lah, lapor kot.. seharian nasik tak masuk dalam perut. ~ tu lah sape suh malas nak tapau nasik sebelum pegi ofis ~ Bukan malas, tapi mood tak berapa nak best pagi tadi. Biasa mak yang buatkan tiap-tiap pagi tapi hari ni dia suruh buat sendiri. tu yang jadi tak best tu. Manja!!

Okey habis pasal nasik. Nak cerita benda lain sebenarnya. Yang agak memenatkan sebab dari sebelum maghrib kot sampai laa kul 11 malam tadi duk buat durian crepe. Lama kan?? nie sebab buat dua kali lah ni. First buat sikit je, sebab ingat nak bagi kakak saya try. Da abis buat yang tu, mak suh buat lebih lak, sebab nak bagi sedara yang nak datang esok rasa jugak. By the way, esok ada majlis kat rumah. Majlis Kesyukuran. Bakal extra penat lagi kot esok ni.

mixed fruit, guna buah cocktail je

Durian crepe.  

Macam terbalik kan, yang atas patut untuk perisa durian, sebab ada warna kuning. 
tapi lantak lah. janji boleh telan.


Hmm..still duk fikir, bila laa nak start Projek tanah serendah sekebun bunga. ~ mak aii, nama projek dia..!!~ Mak aii tak mak aii, da lama projek ni terbengkalai tau. Biji benih da ada. Tanah campur je tak beli lagi. tambah dengan pasu-pasu lagi. Ingat nak cilok je pasu bunga min kat luar tu boleh?? tak sabor nak bercerita pasal projek ni..

Biji benih yang beli dari blog Kebun Bahagia Bersama.

0 comments:

Post a Comment