Hari yang Memenatkan.

Assalamualaikum..

Allahu Akbar. Sesungguhnya hari nie lah hari yang paling productive kat rumah. Balik dari ofis, terus masuk dapur. Ye lah, lapor kot.. seharian nasik tak masuk dalam perut. ~ tu lah sape suh malas nak tapau nasik sebelum pegi ofis ~ Bukan malas, tapi mood tak berapa nak best pagi tadi. Biasa mak yang buatkan tiap-tiap pagi tapi hari ni dia suruh buat sendiri. tu yang jadi tak best tu. Manja!!

Okey habis pasal nasik. Nak cerita benda lain sebenarnya. Yang agak memenatkan sebab dari sebelum maghrib kot sampai laa kul 11 malam tadi duk buat durian crepe. Lama kan?? nie sebab buat dua kali lah ni. First buat sikit je, sebab ingat nak bagi kakak saya try. Da abis buat yang tu, mak suh buat lebih lak, sebab nak bagi sedara yang nak datang esok rasa jugak. By the way, esok ada majlis kat rumah. Majlis Kesyukuran. Bakal extra penat lagi kot esok ni.

mixed fruit, guna buah cocktail je

Durian crepe.  

Macam terbalik kan, yang atas patut untuk perisa durian, sebab ada warna kuning. 
tapi lantak lah. janji boleh telan.


Hmm..still duk fikir, bila laa nak start Projek tanah serendah sekebun bunga. ~ mak aii, nama projek dia..!!~ Mak aii tak mak aii, da lama projek ni terbengkalai tau. Biji benih da ada. Tanah campur je tak beli lagi. tambah dengan pasu-pasu lagi. Ingat nak cilok je pasu bunga min kat luar tu boleh?? tak sabor nak bercerita pasal projek ni..

Biji benih yang beli dari blog Kebun Bahagia Bersama.

Praktikal oh Praktikal

Assalamualaikum,

Sedara 1: nie anak yang bongsu ke?
Mak : ehh taklah nie ada lagi adik 3 orang.
Sedara 1: ohh..da kerja ke?
Mak : dop lagi. blaja kat uia, skarang tengah praktikal.

Pejam celik pejam celik, da masuk 2 bulan da saya praktikal. Sekejap kan masa berlalu. Tu mak saya yang cakap. Tapi bagi saya, ya Allah lambat nya saya nak habis praktikal. huhu. Setiap hari duk tenung calendar, menghitung hari. Masuk kerja pagi-pagi, tengok jam. Lambatnya nak rehat. Lepas rehat, tengok jam lagi. Lambatnya nak balik. Da balik rumah, alaaahh kejapnya da malam, esok kena pegi kerja semula. Macam tu lah rutin seharian sejak 14hb Januari tu lagi.

Tapi Alhamdulillah, dalam rasa lambatnya masa berlalu, sedikit demi sedikit praktikal ni menimbulkan bibit cinta ~ececeh, gatal mu ni deh!~ haishh tak abis ayat lagi. Bibit cinta antara saya dan kerja. Ye lah, sebelum nie, cita-cita saya nak jadi surirumah je. So saya tertanya-tanya kenapa saya perlu praktikal, kalo sekadar nak jadi surirumah. huhu. ~ Dasat sungguh pemikiran ~ lantak lah kan. Betapa nak tunjuk yang saya taknak praktikal, taknak keje. Yang tempat praktikal ni pun ayah saya yang recommend kan, sebab tu company kawan beliau. 

First day praktikal, dah start mata berair. nangis nak balik. ~ tipu semata-mata ~. Mata berair laa da menguap banyak sangat. mengatuk yang amat. bajet macam stay up, tak cukup tido laa konon nya. Padahal, kul 11 da syahid atas katil. Hari kedua, yes!! saya tak mampu nak berlakon. Terus tido tanpa segan silu nya. Da laa depan bos. Seminggu jugak laa saya mengalami sindrom tido kat pejabat. ~ seminggu ke?? macam lebih je..~ Lama-lama, mengatuk makin kurang, kebosanan kian hilang. Semangat nak timba ilmu kian bercambah. Insyaallah bakal menunggu ke'best'san untuk muncul.

Buat pertama kalinya dalam hidup, saya fikir pasal kerjaya saya. Siap ada target dah. Dan dah consult. consult?? tanya gitu-gitu je dengan bos saya merangkap datin K. Nak buat ACCA, apply MIA, nak kerja kat Ramli & Co, tempat saya praktikal sekarang. kutip pengalaman. ~ macam la diorang nak amik ko kerja~. Pastu, majukan company ayah pulak. wahh..!! InsyaAllah. Semoga praktikal kat Ramli & Co. ni menjadi satu ibadah dan tempat saya timba ilmu dan pengalaman yang berharga. 

Terima kasih Cik Wan, sebenarnya Dato' tapi dia taknak orang panggil dia Dato'. Bunyi macam da tua. Cik Wan dan Datin K ni supervisor saya kat Ramli & co. Sangat memberi motivasi kepada saya walaupun Cik Wan ni suka complain. tapi yang dia complain tu lah yang membuka mata dan minda saya untuk berfikir.

walaupun ada antara kamu ni masuk sini sebab kawan ayah lah, kawan mak laa, kamu patut bersyukur sebab ramai lagi nak masuk kat sini tapi tak dapat. Ambik peluang ni untuk belajar.

Saya nak kamu paham apa yang kamu buat, bukan main tulis je. at least bila kamu keluar nanti, daripada taktau apa-apa, kamu dapat 10%, 15% pun jadilah.  
~ Cik Wan, 2013 ~

P/s: insyaallah i'm trying to learn not everything but as much as possible.
(Terima kasih to: Puan @ Datin K, Cik Wan, Kak Irah, Kak Nur, staff Ramli & co,
dan budak2 praktikal yang lain.) 



Kembali Ber'blogging'?

Assalamualaikum.

Yeahha.. dankamujuga kembali muncul di alam maya. ~tepuk-tepuk~ Entah kenapa tetiba je datang mood nak kembali menulis, mencurah luahan hati dan perasaan dalam blog. Luahan hati laa sangat kan.

Sebenarnya sebelum ni blog ni da memang wujud, namun oleh sebab-sebab tertentu, saya deactivate blog tu. ~ eh boleh eh deactivate?~ sayang sebenarnya nak delete blog tu, ya laa kan first blog. Da macam-macam cerekarama, drama fantasi mahupun sains fiction da saya tulis dalam blog tu.
Tapi tangan ni gatal sangat nak delete. haishh...

So saya create balik blog baru tapi still guna nama yang lama..dankamujuga. Bukan best pun nama ni, tapi da takde idea da nak letak nama yang extravaganza gile gempak, amik je lah nama yang asal. Gempak tak gempak, bukan nya ada orang baca pun kan. Yang penting bila saya rasa rindu dengan kenangan lalu, boleh laa mengimbas kembali dengan baca semula apa yang saya da tulis kat sini.

~~~~ So Here We Go ~~~~